Perniagaan Yuna (penyanyi)

Yuna memiliki butik pakaian wanita, IAMJETFUEL, yang beroperasi di Subang Jaya, Selangor.[54] Pada tahun 2014, beliau membuka semula kedai dengan nama baru, 'November Culture', yang juga terletak di Subang Jaya dengan kehadiran dalam talian di seluruh dunia. 14Nov oleh Yuna Zarai (nama jenama) ialah jenama pakaian dan tudung yang direka oleh Yuna sendiri. Beliau mula memperkenalkan jenama ini di Amerika Syarikat dengan mempromosikannya di pertunjukan fesyen Fashion Fighting Famine atau #FFFShow di California. Selain itu, beliau juga membuka kedai pop di New York dan juga di Los Angeles.

Pada 1 Mei 2018, Yuna mengumumkan di laman Instagramnya bahawa butik November Culture yang diasaskannya telah menutup operasi secara rasminya kerana beliau tidak dapat menampung perbelanjaan akibat masalah kewangan yang dihadapi.[55][56][57][58]

Rujukan

WikiPedia: Yuna (penyanyi) http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-lab... http://eng.mynewshub.cc/2015/03/17/8-most-educated... http://www.allmusic.com/artist/yuna-zarai-p2313187 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dah-80-pe... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kl-world-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kreativit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/artist/431716/yuna/chart http://iamjetfuelshop.blogspot.com